Wednesday, December 30, 2009

~Sebarkan Salam~

Maksudnya: “Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki (memberi salam) kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit (memberi salam) kepada orang yang banyak.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Maksudnya: “Orang yang lebih muda memberi salam kepada orang yang lebih tua, orang yang berjalan kaki (memberi salam) kepada orang yang duduk, dan orang yang sedikit (memberi salam) kepada orang yang banyak.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)


assalamualaikum....

segala puja dan puji kehadrat Ilahi, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah...

oleh disebabkan post2 sebelum ni layak dikatogerikan sebagai "spam" kerana sgt tidak berguna, kali ni nak alih angin. kita cerita psl mende2 baik lax.

asbab terhasil post ini:

alkisah pertama, waktu pulang dari berjumpa kyosu semalam utk urusan kerja (silseb), saya dan seorang lagi teman tersermpak dengan sorg lagi kawan (senior), lantas saya memberi salam. tiba2 terpk psl keutamaan memberi salam, mana lebih utama antara "yang muda beri salam kepada yg lebih tua" atau "yang sedikit kepada yang banyak".

alkisah kedua, waktu di sek men, seorang ustazah btau, biar guru yang memberi salam dulu, sebab kalau murid2 beri salam dulu, so guru tu kena jawab kesemua salam (kalau ada 40 org, 40 kali kene jawab). so saya waktu itu meng"iya"kan sje. skrg baru saya sedar, kita juz percaya jek ape guru ckp. x guna belajar bhs arab, sebab kalau bg salam (assalamualai"kum") "kum" merujuk kepada "kamu semua". jadi senanye xde la sampai kene jawab sume salam, cuma adab memberi salam yang kita kene utamakan.

alkisah ketiga, saya dapati budaya sebarkan salam di sini sgt kurg. mgkn telah sebati dgn masy mata sepet ni, dengan cukup sekadar anyeong yg sebenarnya kita xtau mksd sebenar die ape. xkesah la yg ikut usrah ke, xikut ke, msh kurg. kenapa ya? mgkn kita merasakan kalu bg salam, mesti kene pkck2 yg pakai jubah, yg pgg tasbih 24 jam. kita ni x cukup alim lagi la. nk bg salam pon kne alim ke? kalu cmtu ssh a nk dpt pahala.

alkisah keempat, terima ksh dekat YM, FB, FS, kita semakin ssh nk sebarkan salam. macam2 4ward msg yg cakap, jgn tulis "a'kum" kerana bla2. jgn tulis "4JJI" kerana mksd dia "for bla2". saya pon xtau, mgkn nnt akan ada yang kata jgn tulis "salam" kerana bla2. so they prefer org tulis "hye" la eh. hm. saya rasa xkesah la dgn cara apa kita tulis, asalkan mksd itu sampai. asalkan jgn sampai lari mksd, mcm "samekom", atau "celcom". kalu tulis "akum", automatik org akan baca "assalamualaikum". sama mcm kalau org tulis "yg", automatik org akan baca "yang". xde nye org nk bce "yeg". yg penting mksd itu smpi, but i prefer "salam" or "assalamualaikum". sama mcm "밥이 맛이있다". xde nye org nk transalate mksd lain. tp lain la kalu nak gurau2.

makin byk tulis, makin rosak bhs. mula2 da cuba da nk tulis baik2. huhu, kantoi.

minta maaf atas bhs, salah silap blh komen.

w'alam


~Blogging~

blogging - never before have so many people with so little to say said so much to so few.. XD

blogging - if you had friends in the real world,you wouldn't need to yammer on about your day on the internet

blogging - now you can show the world why everyone hates you

blogging - shows that u have nothing to do

blogging - shows that u r a coward (nak kutuk, cakap depan2 a)

blogging - is like a diary, only that everyone can read it


blogging - is like a product advertisement, only that ur selling urself

got some more?

Saturday, December 12, 2009

~Hidup~

Hidupku yang haus
Tanpa sinar petunjuk
Hatiku yang resah
Tiada siapa membujuk
Entah mengapa, di saat ini
Aku, Sendiri Lagi...

Mega senja berarak
Hilangnya sinar mentari
ku layangkan fikiran
Menginsafi diri ini
Segala dosaku
Sejak dahulu
Yang telah ku lakukan dulu

Akankah, ku Kau ampuni?
Apakah, kan terampuni?
Dosaku Nodaku, oh terhadapMu

Bukalah pintu maghfirahMu
Sinarkanlah oh Nur HidayahMu
Ya Rahman dengarlah rintih hambaMu

Ku yakin Kau yang Maha Esa
Tiada kan menghampakan
Harapan diriku selaku hamba

Doaku penenang hatiku
AmpunanMu pereda sukmaku
RedhoMu impian hidupku
Itulah segunung harapanku

Thursday, December 3, 2009

~cinta, love, 愛, 사랑, حب~

assalamualaikum...

lama tak meng"update" blog murahan ni.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

masih dikurniakan seketul daging di dalam badan yg masih berdegup... daging yg menentukan hina atau mulia seseorang itu.

"hati"...

dan hati ini sentiasa...

ingin di sinari "nur kasih" dari si dia,
tetapi lupa hanya NurNya yang membawa ke syurga..

mengharapkan sesuatu dari si dia,
sedangkan lebih besar ganjaran dari yang Maha Esa...

harapkan bahagia dari si dia,
sedangkan jalan sakeenah hanya kepadaNya...

ingin menjadi sempurna di depan si dia,
tetapi tidak pernah pula menyempurnakan kehendakNya

cemburu bila org berbalas sms dengan si dia,
tetapi apabila melihat orang lain berlumba2 berbicara denganNya, aku diam tak terasa apa2...

kenapa hati ini bergetar bila bertemu si dia,
tetapi tidak pernah pula bergetar apabila mendengar ayat-ayatNya

kenapa aku bergegas bangun utk mendapatkan panggilan dari si dia,
tetapi tidak pernah pula bergegas menyeru seruan DariNya

aku selalu fikir tak dapat hidup tanpa si dia,
tetapi lupa tanpaNya, tiadalah aku dan si dia~

dan yang paling menyedihkan...

aku kasih dan ingin mengubah si dia,
tetapi aku tak sedar yang aku hanya akan membawa si dia menuju NerakaNya

*bicara hati...

ps: fufufufufufu... dr mne la aku copy paste mnde2 ni...

pesan made: 상압하지 마...

~Exam~

adakah exam mengasah otak atau lebih menyerabutkanya?