Friday, March 13, 2009

~Aku Banyak Kelemahan~

Ya ALLAH, ampunkanlah dosa2ku...

mendapat teguran yg bermakna...

w'pun secara indirect...

moga teguran menjadikan aku lbh kuat...

w'pun terasa mcm kne rasengan...

huhu...

ammar: maaf atas segala kekurangan, ketidakselesaan dll... aku hanya insan yg lemah.

~Dalam Majaz~



Think Positive

Dalam Majaz.

Dalam sendu saya cuba mencoret..dalam seribu satu persoalan saya sering mempertikaikan..dalam majazi saya cuba meluahkan rasa..

Saya ditakdirkan menemui dua orang adik-beradik..sungguh saya belum mengenali mereka sedalamnya..bahkan thiqah saya pada mereka belum pun membuatkan saya ithar kepada mereka..tapi merasa mu’ayasyah bersama mereka berdua cukup memberikan makna dan realiti sebuah perjuangan yang didokong..

Saya mengenali si abang (kerna saya jumpa ia dahulu)..sejurus itu dalam pengembaraan ilmu saya,saya ketemu pula dengan si adik..akhirnya baru saya ketahui mereka punya tali persaudaraan..saya cukup gembira taktala bertemu dengan mereka..

walaupun saya bertemu mereka pada tempat&masa yang berlainan..dan setiap kali pulang daripada menemui mereka, seluruh jiwa ini segar dengan semangat hammasah yang tinggi.. istiqamah dengan amal kebaikan sentiasa dikejar..saya sempat merasakan bertuah punya punya masa&peluang duduk bersama mereka..

Mereka berdua sangat saya kagumi,kerna mereka sentiasa menyeru semua orang kepada kebaikan.. mereka sentiasa memperhatikan syabab,lalu didorong ke laluan tarbiyyah untuk dididik dalam Taman Islam..merasai pahitnya berjuang dan manisnya ukhuwwah..

mereka benar-benar mengasah belakang parang yang mungkin awalnya masih tumpul supaya ianya membentuk tajam..mereka bahkan membuatkan seseorang berubah 360… biiznillah..Mereka berdua turut disenangi oleh orang-orang yang sekepala dengan mereka..

Namun yang namanya Medan Da’wah pasti ada mehnah&tribulasi..mereka berdua sentiasa diapi-apikan oleh insan-insan yang berkepentingan peribadi..Akhirnya antara mereka ada yang mengakui lebih baik..baik di pihak si abang mahupun di pihak si adik..mereka lupa bahawasanya mereka diciptakan saling melengkapi dan menutup kelemahan satu sama lain..

Si abang menemui saya supaya sentiasa positifkan diri dan menerima kelemahan si adik..juga menghadiri undangan yang dikirim..pendek kata si abang lebih mengalah berbanding si adik.. saya mengharapkan respon sebegitu daripada si adik..


namun di mana silapnya saya mendengar kalimat-kalimat daripada mulut si adik yang mumbunuh kepercayaan saya buat si adik..bahkan kerjasama yang dipohon si abang
buat si adik sering saja dilengahkan..di pandang sebelah mata..bahkan pada saya si adik sangat keterlaluan kerana melambatkan proses kerjasama itu sedangkan si abang dengan penuh rasa rendah diri memohon bantuan..Ya Allah, saya bukan buta,tuli untuk menilai apa yang berlaku depan mata..namun saya pasti manusia punya khilaf mereka..


Saya tidak bertindak berdiri di atas pagar dalam memahami mereka..tidak seperti segelintir mereka yang langsung memutuskan hubungan dengan dua beradik ini sejurus mendengar khabar-khabar angin semata..hingga kini saya mempercayai mereka berdua biarpun thiqah saya lebih cenderung di pihak si abang..namun perlukah dua beradik ini
diapi-apikan??mengapa hubungan mereka tidak seperti muhajirin&ansar??

sedih tak terungkap kerana saya amat kecewa..sungguh sangat dan sangat..kerana selisih faham dan tidak sependapatnya mereka berdua,menyebabkan saya kehilangan sahabat&teman yang sepatutnya menemani saya untuk ke platform ilmu seterusnya..mengapa begini jadinya??

sedangkan mereka punya tali yang mengikat hati-hati mereka dengan ikatan salimatul aqidah..namun saya mendidik diri&yang lain untuk tidak mengapi-apikan kan malah tidak menambah kebencian orang lain kepada salah satu antara mereka..bahkan kami lah yang akan berusaha untuk mendamaikan mereka..kerana kita semua bernaung bawah lembayung “Tiada Tuhan selain Allah,dan Muhammad itu pesuruh Allah”..

Moga nanti ada ruang untuk kedua beradik ini duduk bermu’ayasyah bersama.. memperbaiki segala kesilapan dan menutup lompong-lompong yang kelihatan..kerana ada saja insan-insan yang kurang mengenali mereka..Moga nanti Allah memelihara saya&mereka daripada sebarang fitnah..



-optimiskan diri-


"ditulis oleh nadhirah ar"

salam... ana pernah terbaca post diatas yg sgt menarik, juga sgt sesuai dgn situasi dr ana... aaaa, sebenarnya xdpt izin ag dr penulis post nie nk post kat cnie, tp harapnye dpt izinkn eh... :) bila bce, seakan2 diri sndr yg menulis... tp maklumlah, tangan xmampu menaip kata2 yg indah. hanya krgn bhs pasar yg seiring dgn jiwa... tribute to nadhirah...