Sunday, August 31, 2008

~Ramadhan Is Back~

Alhamdulillah, kita dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi... kali nie dapat sambut Ramadhan di Korea, w'pun suasana x sehebat di Malaysia, tp perasaan tu agak special la...xle nk describe, spe nak rasa, blaja la kat overseas. hehe. moga Ramadhan kali nie lebih baik dr sebelumnya. ^^

Ramadhan is back, hope that "upin and ipin" will be back too... hehe...

Tuesday, August 26, 2008

~Kesejukan Di Akhir Summer~

assalamualaikum...

juz wanna share some pictures....

my third time on ice....

the blades are a bit different from the one at Sunway Pyramid

before entering the ring...

Monday, August 25, 2008

~Ketika Cinta Bertasbih~

br jek selesai bce. naqib ana blek indonesia sebulan, so titip beberapa buku. antaranya buku ketika cinta bertasbih ep1 n ep2. menarik cerita de, beza ng novel2 lain. (w'pun x pnah bce novel len selain buku2 Habiburrahman). xtau npe, senanye mmg x pernah minat membaca, petah lg novel. novel yg blaja ms kat sek men pown x pnah hbskn, bce sinopsis jek, huhu. but then, x sia2 kowt bce. byk mnde bleh dpt. br hbs ep1, nnt de ms smbg yg ep2 lax.


selain buku nie, de pesan buku raqaiq (pelembut hati) buku yg sgt menarik. da pnah ada... but my bro buat harta. heh. so, spe2 yg blom bce blh la cr ye...

lastly, titip cerita sang murabbi. tp x smpi lg... huh... kne tgg la.

Friday, August 22, 2008

~Internet~



assalamualaikum...

nak cerita psl pengalaman psl internet. kalu buat karangan sekolah psl kebaikan keburukan internet nie, mmg pastinya jwpn skema akan keluar. korg tau la jwpn skema tu. tp, ana bukan wat krgn so nk bg jwpn yg x ikot skema ckek a. da la x ikut skema, tatabahasa tunggang langgang... huhu...

nk cte keburukan jek eh, sbb kebaikn ramai da tau...

bg ana, internet selain buat org bzr ms, de blh wat seseorg hilang identiti diri, buat org jd pengecut, hilang manner, dan mnde nie selalu terjadi kat org. mls nk pusing2 so straight to the point la. hehe. ana dapati, ramai org terasa diri de perlu lakukan sesuatu iaitu nasehat org. ana kagum dgn semangat org2 mcm nie. sbb, saling tegur menegur adalah amalan yg dituntut. tp tindakan yg diambil ialah menegur di alam maya tanpa "Kad Pengenalan".

niat tidak pernah menghalalkn cara. perkataan "hikmah" penting dalam perkara nie. ana ada terbaca blog ikhwah, yg katanya ia difitnah "bercouple". juga pernah terbaca komen org dlm blog yg mengunakan kata kesat. juga pernah mengalaminya sendiri, hingga dah lali. sbb pe ana katakn ia satu keburukan, sbb membuatkn org jd pengecut, mengeluarkn kata2 yang ikut hati tanpa mendedahkn diri sendiri. dlm keadaan nie, niat org cmnie juga blh dipertikaikn.

bg ana, dan juga yg terkesan untuk ana, ialah jumpa, p2 borak2... bukak cerita, tnye mslh, mcm2 cara yg lebih afdal. p2 kita cdgkn cara yg terbaik. dr kita tegur di alam maya, mcm2 mnde yg lbh trox berlaku. blh timbul penyakit "sangka buruk" kpd kwn2 die. lbh trox lagi, ble dpt tau siapa, blh menyebabkn putus silaturrahim. x ke mkn parah? dr asalnya mslh yg kecik.

juga, xnk berniat menyebelahi sesiapa. org yg ditegur gax kne a positif. sekali2 tidak membalas dgn cara yg sama. dan kalau blh, jgn cr la siapa. sangka baik, mgkn apa yg ditegur tu ada betulnya, amik peluang untuk muhasabah. jgn kita cr kesalahan die, sedangkn kita blom check kesalahan kita.

dan ini semua juz pendapat dr diri yg serba kekurangan, juga mgkn berbaur kebencian. tp, ambillah pe yg baik ye. yg x baik tu, blh tego, pastikan letak nama yeh... hehe.

kenapa ana cte psl nie? hehe... cetusan dr iklan video diatas yg ditonton baru2 nie. kita boleh memakai seberapa byk topeng kat internet, tp sebaiknya...

"Be Yourself"...

w'salam.

Tuesday, August 19, 2008

~Kempen!!!~


FAST 2 FUND CAMPAIGN

Rejab, Sya'ban & Ramadhan 1429

..RM 100 per person for Palestine..




Every participant is encouraged to fast every Mondays and Thursdays throughout the month of Rejab and Sya'ban,
and perform obligatory fast throughout the month of Ramadhan.

Fund of at least RM 100 that is targeted from each participant is based on the savings of the budget allocated for lunch on every fasting days, and thus saved for this fund.


Calculation Model:

Fast on Mondays & Thursdays
throughout the month of Rejab & Sya'ban
16 days x RM 3.50 = RM 56

Obligatory fasting during month of Ramadhan
30 days x RM 3 = RM 90

Total fund = RM 56 + RM 90 = 146


MINIMUM FUND SUGGESTED:
RM 100 per person

*********************

For bank in purposes:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Muamalat - No Akaun 140 3000 405 3711 or
Maybank - No Akaun 5622 0960 8847

Phone No: 03-4105 3766 (Encik Nasir)
E-mail: fast2fund.pal@gmail.com

................................................................................................................................................

~Merempat~

apala nasib badan, time2 exam dihalau keluar rumah... terpaksa merempat di rumah member selama beberapa hari. :( rumah bakal bertukar menjadi banglo (renovate) jd terpaksa menumpang rumah org, dan terpaksa meninggalkn komputerku yg tercinta... waaa...

tp, apala sgt nk dibandingkan dgn pelarian palestine. bkn saja dihalau, dibunuh, dan dianggap pengganas. bak kata org korea "말도 안 돼" (xyh ckp a cne). jadi, sempena 21 ogos Hari AlQuds Sedunia, marilah kita sama menunjukkan rasa keperihatinan kita. spe yg de baju palestine, pakai lah ramai2 ke mana2. ana pki baju "keep palestine clean" satu2 nya baju palestine yg ana bwk. kc org korea tau kejahatan Zionis, sbb org Korea pro US n Israel. huhu. tp, bkn dgn tarikh nie jek kne ingat psl isu palestine, kne sentiasa ingat da doakn mereka.

Rasulullah Bersabda yg bermksd

"Siapa yg tidak ambil berat ttg urusan ummatku, maka dia bukanla dr golonganku"


nk tulis pnjg xle, so tulis lah mnde2 merepek. huhu.

wslm.

Saturday, August 16, 2008

~Are You Ready?~

Thursday, August 14, 2008

~Nisfu Sya'ban?~

Sekadar perkongsian.

1. Isu berpuasa sunat selepas Nisfu Sya'ban.

Ia khilaf fiqhi kerana hadith Abu Hurayrah yang dianggap kontroversi. Hadithnya spt berikut:
إذا بقي نصف من شعبان فلا تصوموا
(bila sya'ban berbaki separuh, maka tak usahlah puasa)

Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud, Ibn Majah dan atTermidzi. Ahli Hadith mutaqaddimun spt al-Bukhari dan Imam Ahmad mendha'ifkan hadith ini.

Jika kita memilih tarjih golongan hadith yg awal, maka boleh hukumnya puasa selepas nisfu sya'ban.

Ahli hadith yg mutaakhirin pula menilai hadith ini sahih, antaranya alHafidz Ibn Qayyim dan alAlbani, sahih atTermidzi (738)

Jika kita senang dgn tarjih mutaakhirin, maka tak boleh berpuasa bila sya'ban tinggal lagi separuh.

Ahli Lajnah Daimah KSA, misalnya Syaikh Baz dan Syaikh Uthaimiin memilih metod kompromi antara mutaqaddimin dan mutaakhirin, yakni, bagi mereka yg sering berpuasa atau puasawan yang konsisten puasa Isnin Khamis, maka dia boleh terus berpuasa hatta pada separuh kedua sya'ban. Manakala yang jarang-jarang puasa, maka mereka ditegah berpuasa pada baki bulan tsb. Inilah jawapan yang pertengahan

2. Hadith2 mengenai terangkatnya amalan pada malam nisfoo sya'ban adalah tidak sahih

Tidak ada satu hadis pun mengenai Fadhilat Sya'ban yg mencapai derjat hasan atau sahih. Ini pendapat alMuhaddith spt Ibn Hajar Asqalani, Tahzib al Tahzib, cet India:12/27- 28; Ibn Jawzi, alMudhu'at, cet Beirut: 2/51-52; azZahabi, Mizan alI'tidal, Darul Fikr: 3/420; dan Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 1. Misalnya Hadis Uthman bin Abi alAs itu Dha'ef menurut alMuhaddith Albani dalam Dha'eef alJami' asSagheer: 653/#94). Ada sembilan hadis kesemuanya dalam fadhilat Sya'ban dan kesemuanya Dha'ef

Sumber: al-ahkam.net
____________ _________ _________ __

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain)."Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.

Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.

Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.

Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu', atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: "Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w." (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi 'Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu'asarah, Beirut).

Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.

Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجْ النَّارَ

"Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-'Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: "Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda." Maksudnya: "Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)" (rujukan: Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).

Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): "Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya. " (Ibn al-Salah,'Ulum al-Hadis, m.s. 98)

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis:

رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي

"Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku."

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha'if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu'at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-'Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).

Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, 'Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).

Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

يَطَّلِعُ اللهُ إلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمْيْعِ خَلْقِهِ إلاَّ لِمُشْرِكٍ أوْ مُشَاحِنٍ

"Allah melihat kepada hamba-hamba- Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma'arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam."

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi'in dan tabi' tabi'in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu'asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.

Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, Hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.

Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.

Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): "Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis)."

Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.

Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.

Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi 'Ulum wa al-Mustalah al-Hadis m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-'Arabi, Kaherah).

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Sumber: http://drmaza. com

Wednesday, August 13, 2008

~Kisah Nabi Adam~

assalamualaikum....



da lama x menulis mnde2 yg bermanfaat. jd hari ni nk tulis psl kisah bapa kita Nabi Adam AS.
ALLAH berfirman dalam AlQuran surah AlBaqarah ayat 30 yg bermksd:

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah dimuka BUMI" (ila akhir ayat)...

setelah ayat ini... mari kita lihat ayat 35 dan 36...

""Dan Kami berfirman, "Wahai Adam! tinggallah engkau bersama isterimu di dalam syurga, dan makanlah dengn nikmat yang ada sesuka hatimu. (Tetapi) jngan kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk kepada org2 yg zalim"

"Lalu setan memperdayakan keduanya dari syurga, sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga)" hingga akhir ayat...

cerita yg sememangnya ramai penah dgr. setelah Adam AS tercipta, Allah ajarkan Adam AS segala nama benda dan Adam AS tinggal di syurga ALLAH bersama Hawa. SesungguhNya ALLAH Maha Mengetahui.

tp, bila baca ayat ni, ade sesuatu yg plex, dan x kena. pada mulanya ALLAH telah berfirman yg ALLAH telah menjadikan manusia untuk menjadi khalifah di BUMI, tp npe Adam AS tinggal di syurga dahulu? walhal BUMI itu telah ada sebelum terciptanya Adam AS. dan kenapa adanya adegen mengenai Adam ditipu oleh Iblis? dan kemudiannya baru dicampakkan ke Bumi...

ini menunjukkan yg ALLAH nak ajarkan Adam AS (umumnya kepada kita) bahawa Iblis dan geng2 die adalah musuh yang nyata... kalu nak ikutkan, Adam AS dah beriman dgn kesemuanya, pernah bertemu ALLAH, Malaikat, tinggal di Syurga, segalanya jelas dan nampak di depan mata. tetapi, ALLAH nak ajarkan sesuatu yg Adam AS x sedar iaitu kejahatan dan tipu daya iblis. sbb mmg fitrah manusia, lps dah kena baru sedar. begitulah perancangan ALLAH.

tipu daya syaitan datang dgn cara dan arah yg macam2. kata Ibnu Qayyim, panah syaitan bermula dr lintasan fikiran, dan lintasan fikiran ini akan datang terutamanya sewaktu kita berseorangan. dan bermula dr lintasan fikiranlah, maksiat yg besar berlaku.

jd, nk mntk pembaca (klu la ada, heh) memberi cdgn cmne nk elakkan dr tipu daya syaitan dan lintasan2 pemikran yg boleh membinasakan. (ssh btol nak wat ayat formal, huhu)

w'salam

~Syukur~


Nak Kongsi Satu Kata2...

"SYUKURKU PERLUKAN KESYUKURAN LAGI"

sbb...

semua yg ada di muka bumi dtg dr ALLAH...

syukur pertama kita juga ilham dr ALLAH, jd perlu syukur lg...

maknanya syukur kita sepatutnya tiada penghujung...

kerna kesemuanya ilham dariNya

Rasulullah juga beribadah sehingga bengkak kakinya...

semata2 kerna Baginda mahu jd Hamba Yang Bersyukur...

renungkanlah...