Wednesday, December 31, 2008

~Qunut Nazilah~

Korban Umat Islam Palestin meningkat ke 360 orang...

Keganasan Israel yang terburuk sejak 1948..

Bolehkah kita berdiam diri?

Buatlah sesuatu, sekurang-kurangnya berdo'a...

Seperti yang kita tahu, menyambut Tahun Baru Hijrah dan Masihi saat ini, saudara2 kita di Palestin kembali mendapat satu gempuran yang hebat oleh rejim zionis bertujuan untuk melupuskan kewujudan Hamas di muka bumi Palestin... jadi kawan2, cadangan saya kepada kawan2 sume...

Marilah Kita Cuba Untuk...

1-Infaq Wang Sebanyak2nya...

2-Moga tidak terlibat dlm perayaan Tahun Baru atau apa2 acara yg berkaitan dengannya...

3-Sebaliknya perbykkn Doa, Tilawah, Qiamullail...

4-Untuk Imam Solat, boleh baca Qunut Nazilah setiap kali rakaat terakhir solat... (ms solat sndr pown blh gax)

5-Terakhir, ingatkan kwn2 kita tentang kewajiban mengambil berat tentang Saudara2 seislam kita... dn plg2 kurg berdoa dan ikut perkembangan semasa Palestin.

Ok, Cerita Tentang Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.

Akhir Kata... Jangan kita ingat tahun baru Hijrah itu hanya sekadar menutup buku lama, dan membuka lembaran baru... bukan semudah itu, dosa2 kita takkan terhapus dengan sekadar melupakan dosa2 kita yg lama, sebaliknya kita perlu muhasabah diri dan berusaha untuk tidak melakukan kembali dosa2 tersebut dan menebusnya. begitu juga dengan pahala2 kita, kita check balik buku lama kita berapa byk amal yg telah kita lakukan, dan cuba meningkatkn amal kita dengan lembaran baru...

W'salam...

Tuesday, December 30, 2008

~Everland~

salam...

juz wanna share pics with u guys.... nothg much to say, thinking of writing an article, but still under construction i guess... went for a study trip (4 releasing stress i presume)... Trip To Everland..

Everland...

Back To The Future...

Apabila The Beast Cuba Menjadi Cute...

Snow Buster...

"Mesra, Cekap, Bersih"??

First Time Riding One... Not As Exciting As It Looks...

Xtreme + Fear Factor...

Thats all, xde byk sgt gmba lax... syok sgt men mnde2 yg memabukkn smpi xde ms nk amik gmba...

W'salam...

Sunday, December 28, 2008

~Muhasabah Cinta~

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Edcoustic-Muhasabah Cinta

Thursday, December 25, 2008

~Majaz~


salam... sorry guys 4 not updating this blog... im not in d mood, n actually i dont thnk writing is my type of conversation. i'm thinking of bombing this blog, shutting it down, terminating it, b'coz things that r not useful happens to hv d same fate.

my life at korea, or others say the land of sonata, din seems as calming as it looks... i wish to go back, to snatch back my "sakeenah", b4 it depletes day by day. my life is upside down, crushed by the waves bigger than the tsunamies, dying within the icy snow, swarming by people who took others 4 granted. and, maybe most of us think that harvey or we called him "two face" only exist in gotham city or in comic books, yet i think he's all over the place.

but then, what really kept me moving is of course our only deen which is "islam", writen not in capital letter. becos "islam" its not juz "Kata Nama", but a "Verb" that requires action bcos its a way of life. and Thnks to ALLAH for stil letting me to worship You, stil letting me live as a muslim, gvg me such understanding parents who knws the importance of our deen, friends from all over the world who has the same "idea" and doing our job in the same "route". we'll survive in the hereafter only by this road, which can be called as the road to Jannah.

Say: 'This is my way: I invite to Allah on with clear knowledge - I and whomever follows me (does this). Glorified is Allah, and I am not of the polytheists.” (12:108)

so brothers, i cant work alone so lets clear the path and work together.

Friday, December 5, 2008

~Level 5~

Alhamdulillah, skg da kurg bz ckek... Bahasa Korea br jek hbs Level 5. nnt msk level last, level 6. bhs korea meningkat level, skill memasak pown da level up (cm men dota lax nek2 level nie)... cuma, level iman xtau kabo de... menurun ke, static ke, meningkat ke, jarang kita memikirkannya, atau pown ramai yg x amik peduli, lebih trox ag de gax org xtau pown kewujudan de. yg mereka tau, hanya pokemon dan digimon jek blh level up.

moga ALLAH jauhkn diri ini dr golongan yg lupa padaMu... nauzubillah...

*cuti smgg, tp xde plan... huhu...

Sunday, October 19, 2008

~Karangan Budak Darjah 4 Yang Serammm~

Arahan soalan: Tulis satu karangan yang bertajuk "Kemalangan ngeri yang pernah saya alami"

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

*got it from a friend...

cne dak nie leh tulis krgn sedangkan last2 de pown mati... huh...

Sunday, September 21, 2008

~Al-Kahfi~

assalamualaikum....

Terasing

post kali nie mengenai surah alkahfi, x berniat nk menafsir satu persatu sbb belum kaji hbs, cuma nak amik iktibar dalam kisah2 yg ada dalamnya.

1-Kisah Pemuda-pemuda Kahfi
2-Kisah Nabi Musa dan Orang Soleh
3-Kisah Zulkarnain

kisah2 diatas femes, dan selalu kita dgr. juga kisah2 yg boleh diambil teladan juga sangat baik kita contohi. tp, ana cuba nak amik satu pengajaran jek yg merangkumi ketiga-tiga kisah2 ini. ana pergi satu persatu.

Kisah Pemuda Kahfi, dalam AlQuran, Allah Taala x sebut berapa org, nama2 pemuda2 ini, cuma disebut mereka hidup di zaman yg islam itu sangat asing dr masyarakat yg hidup pada zaman tersebut.

Kisah Nabi Musa dengan seorang hamba Allah yg soleh, juga tidak disebut nama orang tersebut. ada ulama' yg menafsirkan ia Khidir, juga tidak pasti samada dia seorang nabi atau hanya hamba yg soleh. kisah ni blh dibaca lgsg dalam surah alKahfi. Orang Soleh ini mengajarkan Nabi Musa erti sabar.

Kisah Zulkarnain, ada yg menafsirkan dia seorang raja, tp dalam AlQuran, tidak disebut hidup dizaman apa, nama sebenar (Zulkarnain hanya nama panggilan yg bermksd pemilik dua tanduk) juga memperjuangkan islam di kala islam itu sangat asing.

jadi, sedikit sinopsis cerita2 ini tanpa menjelaskan pengajaran2 setiap satu cerita. ok, jom kita cari persamaan cerita2 ni.

1-kenapa dalam ketiga2 cerita ni, ALLAH x sebutkan secara detail tentang nama, masa, berapa org...?
2-terdapat unsur menyampaikan (dakwah)
3-islam dalam keadaan asing

apa yg dapat disimpulkan ialah, dalam dakwah... identiti kita itu tidak penting, yang penting "HAQ" yang kita bawa. setiap zaman, dari zaman Nabi Adam AS hingga sekarang, pendukung kepada kebenaran ni sangatlah ramai, tetapi... yg dibawa tetap sama iaitu Islam. Allah tidak memandang harta kita, pangkat kita, kerana semuanya datang dariNya. tetapi Allah akan memandang pendukung2 kebenaran, yang mencetak generasi Rabbaniah, bukan generasi Ruhbaniah (Ali Imran 79/AtTaubah 31).

sama2lah kita check balik, apa yg kita kejar dalam hidup? adakah nilaian manusia atau nilaian Sang Pencipta. Moga kita terhindar dari sifat2 yg hanya ALLAH sahaja yg layak memilikinya. dan untuk mengamalkan Islam dikala ianya sangat asing, sangatlah berat. sabda Rsulullah, "kun fiddunnia kaannaka gharib aw 'abirussabil". hnya orang luarbiasa sahaja yg bisa melakukan sesuatu yg asing, jom jadi org luarbiasa! jadilah pemuda kahfi!

hm, first time pki ayat formal, hoho.... kalu cm klaka, gelak dlm hati jek a....

w'salam.