Sunday, October 18, 2009

~Tribute To DAQ~


Engkau bumi persinggahan,
Para nabi dan anbiya',
Sinar satu perjuangan,
Qalam Rabbul Alamin,

Aduh...si Palestin,
Malang dikau di kala ini,
Darah mu tertumpah sepanjang hari,
Makanan mortar laknatullah si yahudi,
Adalah anak-anak kecil tak mengerti,

Aduh...si Palestin,
Malang juga dikau di kala ini,
Dayusnya saudara seaqidah mu sendiri,
Berpeluk tubuh hanya memerhati,
Mempertahankan kepentingan duniawi,

Sedarlah pemuda gentar ku,
Bebaskan diri dari jerangkap hedonisme,
Kerana tiada senang si durjana yahudi,
Selagi kau tak mengikut jalan syaitani,

Bangunlah pemuda gentar ku,
Perjuangkan kebenaran Illahi,
Walaupun tak setanding Salahuddin Al Ayubi,
Cukuplah walau sekecil-kecil tarbiyyah diri,

...kerana engkau umpama gergasi yang sedang enak dibuai mimpi,
...menunggu masa untuk dibangkiti

nukilan : qalami (http://palestinkini.info/)

1 comments:

Unknown said...

perghh.ingatkan nta buat tadi.takpetakpetakpe.lain kali nta buat sendiri kan?keke.