Sunday, September 21, 2008

~Al-Kahfi~

assalamualaikum....

Terasing

post kali nie mengenai surah alkahfi, x berniat nk menafsir satu persatu sbb belum kaji hbs, cuma nak amik iktibar dalam kisah2 yg ada dalamnya.

1-Kisah Pemuda-pemuda Kahfi
2-Kisah Nabi Musa dan Orang Soleh
3-Kisah Zulkarnain

kisah2 diatas femes, dan selalu kita dgr. juga kisah2 yg boleh diambil teladan juga sangat baik kita contohi. tp, ana cuba nak amik satu pengajaran jek yg merangkumi ketiga-tiga kisah2 ini. ana pergi satu persatu.

Kisah Pemuda Kahfi, dalam AlQuran, Allah Taala x sebut berapa org, nama2 pemuda2 ini, cuma disebut mereka hidup di zaman yg islam itu sangat asing dr masyarakat yg hidup pada zaman tersebut.

Kisah Nabi Musa dengan seorang hamba Allah yg soleh, juga tidak disebut nama orang tersebut. ada ulama' yg menafsirkan ia Khidir, juga tidak pasti samada dia seorang nabi atau hanya hamba yg soleh. kisah ni blh dibaca lgsg dalam surah alKahfi. Orang Soleh ini mengajarkan Nabi Musa erti sabar.

Kisah Zulkarnain, ada yg menafsirkan dia seorang raja, tp dalam AlQuran, tidak disebut hidup dizaman apa, nama sebenar (Zulkarnain hanya nama panggilan yg bermksd pemilik dua tanduk) juga memperjuangkan islam di kala islam itu sangat asing.

jadi, sedikit sinopsis cerita2 ini tanpa menjelaskan pengajaran2 setiap satu cerita. ok, jom kita cari persamaan cerita2 ni.

1-kenapa dalam ketiga2 cerita ni, ALLAH x sebutkan secara detail tentang nama, masa, berapa org...?
2-terdapat unsur menyampaikan (dakwah)
3-islam dalam keadaan asing

apa yg dapat disimpulkan ialah, dalam dakwah... identiti kita itu tidak penting, yang penting "HAQ" yang kita bawa. setiap zaman, dari zaman Nabi Adam AS hingga sekarang, pendukung kepada kebenaran ni sangatlah ramai, tetapi... yg dibawa tetap sama iaitu Islam. Allah tidak memandang harta kita, pangkat kita, kerana semuanya datang dariNya. tetapi Allah akan memandang pendukung2 kebenaran, yang mencetak generasi Rabbaniah, bukan generasi Ruhbaniah (Ali Imran 79/AtTaubah 31).

sama2lah kita check balik, apa yg kita kejar dalam hidup? adakah nilaian manusia atau nilaian Sang Pencipta. Moga kita terhindar dari sifat2 yg hanya ALLAH sahaja yg layak memilikinya. dan untuk mengamalkan Islam dikala ianya sangat asing, sangatlah berat. sabda Rsulullah, "kun fiddunnia kaannaka gharib aw 'abirussabil". hnya orang luarbiasa sahaja yg bisa melakukan sesuatu yg asing, jom jadi org luarbiasa! jadilah pemuda kahfi!

hm, first time pki ayat formal, hoho.... kalu cm klaka, gelak dlm hati jek a....

w'salam.

2 comments:

cloxsy said...

entry yg agk menarik.byk bnd yg leh diambil utk refleks diri blk..terutame utk diri sendiri.

''kun fiddunya ka annaka gharib''

moge2 ke'asing'an diri memberi impak yg luarbiasa gtu.

wallahu'alam

Nadhirah Razak said...

yup..betul..seperti keterasingan sekarang barangkali..

~teringat nasyid Indonesia "Pemuda Harapan"..kalau tak salah..cerita pasal pemuda ashabul kahfi~